Sunday, February 5, 2012

Beli Tanah

Sejak setahun dua ni, saya giat mencari tanah. Hari-hari akan browse mudah.com untuk mencari tawaran jualan tanah yang ada disekitar Johor. Lokasi tumpuan ialah disekitar Johor bahru, Pontian, dan Gelang patah (Lokasi-lokasi ini berhampiran dengan rumah mak/ayah). Selain itu, lokasi yang berdekatan dengan tempat kerja seperti: Ayer Hitam, Kluang, Simpang Renggam, Yong Peng dan batu pahat juga merupakan kawasan tumpuan.

Akhirnya saya bersetuju untuk membeli tanah lot rumah di Parit Londang, Parit raja. Harga tawaran tuan tanah ialah RM50,000. Oleh kerana wang simpanan mencukupi, saya membayar tunai untuk urusan pembelian tanah ini. Proses tukar nama di Pejabat tanah agak mudah bagi urusan pembelian tunai:

1. Membuat perjanjian jual beli tanah antara saya dan tuan tanah. Setelah kedua-dua pihak bersetuju dengan isi kandungan perjanjian tersebut, kedua-dua pihak menurunkan tandatangan masing-masing.
2. Surat perjanjian ini mestilah dimatikan setem di LHDN.
3. proses tukar nama di pejabat tanah negeri masing-masing.

Proses ini mengambil masa satu ke enam bulan.

Perlu diingat.

1.Pembeli perlu pastikan kesahihan tanah yang hendak dibeli. Maksudnya, tanah yang hendak dibeli itu betul-betul wujud di lokasi yang ditunjukkan oleh broker, agen atau tuan tanah. Untuk itu, proses 'CARIAN TANAH' perlu dilakukan dengan membuat permohonan di pejabat tanah. Setiap carian dicaj RM40.

2. Setelah memastikan lokasi tanah, khidmat juruukur mungkin juga dapat membantu bagi memastikan keluasan tanah yang hendak dibeli adalah sama dengan keluasan yang tercatat didalam geran tanah.

setelah memastikan kedua-dua perkara diatas, barulah proses tandatangan S&P, pertukaran nama dan pembayaran penuh dilakukan.